MOSCOW: Sekurang-kurangnya 60 terbunuh, manakala lebih 160 cedera dalam serangan bersenjata di sebuah dewan konsert popular di Moscow, Rusia.
Kumpulan Daesh mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu yang turut mencetuskan kebakaran besar.
Sekumpulan lelaki bersenjata berpakaian celoreng terdahulu melepaskan tembakan rambang di perkarangan dewan konsert Crocus City.
Ia dipercayai menggunakan senjata automatik sebelum bertindak membaling bom tangan sehingga mencetuskan kebakaran.
Api merebak cepat membakar dewan konsert berkenaan dengan asap memenuhi sebahagian besar kawasan bangunan itu.
Pengunjung yang panik bertempiaran lari menyelamatkan diri selain terdapat pergelutan antara satu sama lain melalui pintu kecemasan.
Serangan berdarah ini disifatkan terburuk dalam sejarah negara itu. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.