BEIRUT: 60 terbunuh dalam serangan pengganas Israel dalam tempoh 24 jam di Lubnan.
56 insiden serangan udara dan pertempuran direkodkan dalam tempoh sama dengan kebanyakannya disasarkan ke selatan Lubnan.
Ia menjadikan jumlah korban di Lubnan sejak krisis Israel-Hizbullah memuncak mencecah 2,229 orang dengan hampir 10,400 lagi cedera.
Antara yang terbaru, serangan Israel ke atas sebuah penempatan di selatan Lubnan mengakibat kematian penduduk termasuk kanak-kanak.
Tentera Lubnan dalam pada itu mengesahkan dua anggotanya maut dan tiga lagi cedera dalam serangan di daerah Kafra.
Hampir 200,000 penduduk kini berlindung di lebih 1,000 pusat penempatan sementara di seluruh negara dengan majoritinya pusat itu telah penuh. – AL JAZEERA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.