comscore
Tumpuan :
Dunia

60 hilang, bas terjatuh ke dalam sungai Trishuli, Nepal

Foto: Reuters

NEPAL: Usaha mencari 60 individu yang hilang giat dijalankan pasukan penyelamat selepas dua bas terjatuh ke dalam sungai susulan kejadian tanah runtuh di wilayah tengah Nepal.

Jurucakap polis memaklumkan, nahas berlaku kira-kira jam 3.30 pagi waktu tempatan.

Ketika kejadian salah sebuah bas dalam perjalanan dari Rautahat ke Kathmandu.

Manakala sebuah lagi bas dalam perjalanan meninggalkan bandar Kathmandu.

Tiga penumpang yang terselamat dikatakan sempat melompat keluar dari bas.

Kira-kira 250 anggota tentera dan polis dikerah ke lokasi sejurus selepas menerima panggilan kecemasan.

Usaha mencari dan menyelamat berdepan kesukaran ekoran kenaikan paras air sungai – BANGKOK POST

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini