comscore
Tumpuan :
Dunia

6 penduduk maut dalam bedilan Israel di selatan Lubnan

Foto: Reuters

LUBNAN:  Empat terbunuh dalam serangan terbaharu Israel ke bandar Tyre di selatan Lubnan.

Dua lagi terbunuh selepas pesawat rejim membedil sebuah rumah di Lembah Bekaa.

Ia menjadikan jumlah mangsa terkorban di wilayah itu melebihi 1,000 orang sejak dua minggu lalu.

Israel pada masa mengumumkan gerakan operasi darat terbaharunya di Lubnan hari ini.

Kumpulan Hizbullah dalam pada itu melancarkan roket Salvo ke bandar Karmiel di utara Israel.

Sasaran lain termasuk kenderaan rejim dan kem tentera Jal al-Allam.

Siren dikeluarkan di bandar Karmiel dan beberapa komuniti di wilayah Galilee.

Menurut media Israel, 15 bedilan dikesan dari Lubnan dengan sebahagian besarnya berjaya dipintas.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini