![](https://media.buletintv3.my/2025/02/BULETIN-TV3-N-2025-02-11T161701.784.jpg)
GUATEMALA: Sekurang-kurangnya 51 maut dalam kemalangan selepas bas dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Kota Guatemala pada awal pagi Isnin.
Insiden itu turut menyebabkan beberapa mangsa yang lain terperangkap di dalam bas terbabit.
Bas yang membawa 75 penumpang itu sedang dalam perjalanan dari bandar San Agustin Acasaguastlan ke ibu kota Guatemala sebelum ia terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 20 meter yang tercemar dengan sisa kumbahan.
Pasukan penyelamat dikerahkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat.
Jurucakap, Carlos Hernandez berkata mayat 36 lelaki dan 15 wanita telah dihantar ke rumah mayat daerah yang disediakan selepas kejadian itu.
Presiden Guatemala, Bernardo Arevalo mengisytiharkan tiga hari berkabung susulan tragedi berkenaan.
Pihak polis kini sedang menyiasat punca sebenar kemalangan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.