comscore
Tumpuan :
Dunia

50 terbunuh, Rusia sasar institut ketenteraan

FOTO: Reuters

LVIV: Rusia terus memperhebatkan serangan keatas Ukraine mengorbankan tujuh orang awam termasuk tiga kanak-kanak.

Menurut Datuk Bandar Lviv, Andriy sadovy menerusi aplikasi telegram, serangan tebaharu juga telah mencederakan lebih daripada 30 orang dan memusnahkan bangunan bersejarah di barat Ukraine.

Serangan ini berlaku sehari selepas Rusia melancarkan dua peluru berpandu balistik ke sebuah institut ketenteraan di bandar Poltava.

FOTO: Reuters

Dilaporkan, sasaran itu membunuh 50 orang dan mencederakan ratusan yang lain.

Ia dipercayai serangan paling dahsyat meragut paling banyak nyawa dalam perang berlanjutan lebih dua tahun.

Bertindak dari insiden itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy memecat timbalan ketua stafnya setelah gagal mengesan serangan itu lebih awal, ketika Ukraine berusaha meningkatkan pertahanan di lokasi yang menjadi sasaran Rusia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini