PUERTO RICO: Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah gudang peralatan paip di San Juan, menurut laporan media tempatan pada hari Isnin (27 Januari).
Kejadian itu berlaku semasa satu mesyuarat di gudang tersebut.
Mangsa terdiri daripada dua wanita dan tiga lelaki, salah seorang daripadanya adalah penembak yang dilaporkan meninggal dunia akibat bunuh diri, menurut laporan tempatan.
Rakaman dari Reuters menunjukkan pihak polis mengeluarkan mayat dari lokasi kejadian, sementara ahli keluarga mangsa berkabung di kawasan berhampiran. REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.