Tumpuan :
Dunia

Lima mangsa kapal selam Titan mungkin maut lebih awal

FOTO: Reuters

LAUT ATLANTIK: Lima penumpang kapal selam Titan bukan hanya berdepan risiko kehabisan bekalan oksigen dan kehilangan fungsi kapal, malah bekalan elektrik yang terputus dalam kapal selam itu juga menyebabkan kawalan gas oksigen dan karbon dioksida gagal berfungsi.

Artikel berkaitan: Kapal selam Titan meletup berhampiran Titanic, 5 penumpang sah terkorban

Menurut pakar perubatan di sebuah hospital di Newfoundland, Dr Ken Ledez, ketika bekalan oksigen semakin merosot, jumlah karbon dioksida yang dikeluarkan oleh kelima-lima penumpang itu meningkat, sekali gus boleh menyebabkan kematian.

Secara saintifiknya, peningkatan kadar gas karbon dioksida akan bertukar menjadi sedatif.

FOTO: Reuters

Tambah beliau, gas itu kemudiannya akan menjadi seperti gas anestetik dan kesemua penumpang berkenaan akan tidur.

Jelas Dr Ledez, jika terlalu banyak karbon dioksida masuk dalam saluran darah, ia boleh menyebabkan ‘hypercapnia’ yang boleh membunuh jika tidak dirawat segera.

Pandangan sama turut dilontarkan oleh bekas kapten kapal selam Tentera Laut Kanada, Ryan Ramsey yang menyatakan Titan tidak mempunyai sistem membuang karbon dioksida.

Ujar beliau, selain keracunan gas karbon dioksida, mereka juga berdepan ancaman hipotermia apabila badan menjadi terlalu sejuk, apabila kapal selam berkenaan berada di dasar laut, terutamanya apabila sistem Titan sudah tidak lagi berfungsi.

Tambah beliau, jika semua penumpang sudah tidak sedarkan diri, tiada apa lagi yang boleh dibuat.

Sejak Ahad lalu, pasukan penyelamat berusaha keras mencari kapal selam dan menyelamatkan lima anak kapal sebelum mereka kehabisan bekalan oksigen.

Kapal selam itu hilang semasa ekspedisi dari Newfoundland membawa kumpulan pelancong meneroka bangkai Titanic di dasar laut.

Loading...
Terkini