INDIA: Lima korban baharu akibat cuaca panas melampau di New Delhi.
Keadaan turut diburukkan lagi dengan kekurangan bekalan air.
Rekod baharu cuaca panas pada sebelah malam turut direkodkan.
Lapor media antarabangsa Selasa malam lalu mencatatkan suhu hampir 34 darjah Celcius.
Sejak Mac lalu, suhu melonjak tinggi sehingga 50 darjah Celcius pada hari tertentu di New Delhi dan Rajasthan.
Faktor cuaca turut dipengaruhi dengan kekurangan hujan selain tiupan angin kering dan panas dari rantau berdekatan. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.