comscore
Tumpuan :
Dunia

5 dihukum penjara anjur ibadah haji tanpa permit

FOTO: Reuters

KAHERAH: Lima individu dihukum penjara oleh Mahkamah Mesir atas kesalahan menganjurkan ibadah haji di Arab Saudi tanpa permit sah.

Pendakwaan terbabit dibuat berikutan salah seorang daripada jemaah haji yang diuruskan tertuduh meninggal dunia akibat kecuaian semasa musim haji 2024.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima bulan hingga satu tahun atas tuduhan cuai dan tambahan penjara satu tahun kepada tiga daripada mereka atas tuduhan membunuh tanpa niat.

Mereka turut diperintahkan membayar denda 2 juta paun Mesir iaitu bersamaan RM189,000.

Bagaimanapun, mereka dibebaskan dengan ikat jamin 100,000 paun mesir bersamaan RM8,900 setiap seorang sementara menunggu rayuan.

Kes itu timbul selepas keluarga jemaah wanita itu mengadu kepada pihak berkuasa mengenai sebuah agensi pelancongan di mesir yang menyebabkan kematian kerana kecuaian dan penipuan.

Siasatan mendedahkan wanita berkenaan mengerjakan haji dengan menggunakan visa lawatan.

Mesir bertindak keras terhadap agensi pelancongan yang mengaturkan perjalanan haram ke Arab Saudi selepas kematian ratusan anggota jemaah semasa musim haji 2024.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini