Tumpuan :
Dunia

47 rakyat Pakistan antara yang diselamatkan dalam insiden bot terbalik

Foto: Reuters

NEW DELHI: 47 rakyat Pakistan antara yang diselamatkan selepas sebuah bot migran terbalik di luar pantai Greece pada awal pagi Sabtu, kata Kementerian Luar Pakistan pada Ahad.

Sekurang-kurangnya seorang rakyat Pakistan adalah antara lima orang yang disahkan maut dalam tragedi di luar pantai Pulau Gavdos, di selatan Crete.

“Ketika ini, kami tidak dapat mengesahkan jumlah rakyat Pakistan yang maut atau hilang,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Puluhan migran dilaporkan hilang selepas kejadian karam kapal tersebut, menurut Pengawal Pantai Greece.

Kedutaan Pakistan di Athens telah berhubung dengan Penjaga Pantai Hellenik dan Pengawal Pantai Chania, yang mengendalikan operasi mencari dan menyelamat.

Pegawai kedutaan berada di Crete untuk bertemu dengan rakyat Pakistan yang diselamatkan.

— BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini