45 terbunuh dalam serangan israel di Lubnan dengan 20 kematian dicatatkan di Beirut
25 lagi kematian dan 45 kecederaan direkodkan dalam bedilan menyasarkan beberapa bandar di wilayah Baalbek di timur Lubnan
Menurut agensi Anadolu, sekurang-kurangnya 13 orang, termasuk empat kanak-kanak terbunuh dan 13 yang lain cedera apabila pesawat Israel menyerang sebuah rumah di bandar shmustar.
Lima lagi orang maut dan lima yang lain cedera di bandar Bodai.
Empat orang terbunuh dan tiga lagi cedera di bandar Flawiye, manakala seorang lagi maut di bandar Brital.
Serangan udara israel juga mencederakan 18 orang di bandar ras al-ain, dan tiga orang cedera di bandar Hourtala.
Di daerah Zahle di wilayah Bekaa, satu serangan udara Israel di kawasan Harat al-Fikani mengakibatkan satu kematian dan tiga yang lain cedera.
Israel terbabit dalam peperangan merentas sempadan dengan Lubnan, melancarkan kempen udara pada akhir September terhadap apa yang dikatakan sasaran Hizbullah. – AL JAZEERA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.