![](https://media.buletintv3.my/2023/04/hGrEpOf9-TEMPLATE-CMS-PP-38.jpg)
OUAGADOUGOU: Sekurang-kurangnya 44 orang awam terbunuh dalam dua serangan pengganas di Wilayah Sahel di utara Burkina Faso, pada Khamis.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, gabenor Wilayah Sahel, Leftenan Kolonel Rodolphe Sorgho berkata bahawa kumpulan pengganas menceroboh kampung Kourakou dan Tondobi, yang terletak kira-kira lima kilometer (km) dari wilayah Seno, membunuh dan menyebabkan kecederaan serta kerosakan harta benda, lapor Xinhua.
Gabenor meyakinkan penduduk bahawa tindakan untuk menstabilkan kawasan itu sedang dilaksanakan selepas serangan terbabit.
Sejak 2015, serangan seumpama itu telah meragut banyak nyawa dan menyebabkan beribu-ribu lagi hilang tempat tinggal. – BERNAMA-XINHUA