Tumpuan :
Dunia

44 maut dalam 2 nahas di Afghanistan

Lebuhraya Kabul-Herat (FAIL WIKIPEDIA)

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 44 orang terkorban dalam dua kemalangan berasingan di Afghanistan, lapor media negara pada Khamis.

Menurut Agensi Anadolu, seramai 76 orang lagi cedera.

Kedua-dua kemalangan berlaku pada petang Rabu di sepanjang lebuh raya Kabul-Herat dan di wilayah Ghazni di tenggara negara itu, lapor Berita Bakhtar.

Jurucakap Mullah Hamidullah Nisar berkata, perlanggaran pertama berlaku di kawasan Nani, daerah Andar apabila sebuah kenderaan penumpang bertembung dengan sebuah lori kargo.

Mangsa yang cedera telah dipindahkan ke ibu negara, Kabul, untuk rawatan, tambahnya.

Kemalangan kedua, yang melibatkan sebuah kenderaan kargo dan sebuah tangki minyak, dilaporkan berlaku di kawasan Shahbaz di bandar Ghazni. – bernama

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini