GAZA: 4,156 pelajar terbunuh setakat ini susulan serangan udara rejim Zionis Israel sejak 7 Oktober lalu.
Menurut Menteri Pendidikan Palestin, kesemua pelajar itu ditempatkan di 381 buah sekolah yang sebahagiannya telah hancur dan rosak akibat dibom rejim Zionis Israel.
Terbaharu, sekurang-kurangnya lima terbunuh selepas kediaman mereka dibom dalam serangan udara rejim Zionis Israel pada Selasa.
Memetik laporan agensi antarabangsa, serangan itu berlaku di Deir el-Balah di Gaza.
Sehingga kini, 21,978 penduduk Palestin di Gaza terbunuh manakala 57,697 lagi cedera akibat kekejaman Zionis Israel.