comscore
Tumpuan :
Dunia

40,000 jemaah tunai solat sunat di Masjid Al- Aqsa

FOTO: Reuters

TEBING BARAT: Meskipun dibayangi perang dan kematian yang meningkat saban hari, namun ia tidak pernah mematahkan semangat penduduk Palestin untuk meneruskan kehidupan.

Sambutan Aidiladha di Baitulmaqdis tahun ini tetap diteruskan walaupun berdepan ancaman rejim Zionis.

Menurut agensi berita Palestin Wafa, tentera rejim memasuki perkarangan Masjid Al-Aqsa dan memeriksa identiti jemaah serta menghalang pergerakan mereka.

FOTO: Reuters

Malah ada yang dihalang daripada masuk ke perkarangan masjid sekali gus memaksa mereka solat di luar pintu masjid.

Walaupun berdepan sekatan rejim lebih ketat, namun lebih 40,000 penduduk Palestin dapat berkumpul di masjid ini bagi menunaikan solat sunat Aidiladha.

FOTO: Reuters

Di luar masjid, golongan wanita menghulurkan manisan kepada jemaah yang hadir dan orang ramai dilihat beramah mesra di perkarangan kota lama itu bagi mengeratkan tali silaturaham

Sambutan dan persiapan tahun ini dibayangi krisis ekonomi yang buruk di Tebing Barat selain perang berterusan antara rejim Israel dan Pejuang Hamas di Gaza.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini