Tumpuan :
Dunia

4 warga Palestin cedera berhampiran Baitulaham

Foto fail Reuters

TEBING BARAT: Pengganas Israel menembak empat warga Palestin di bandar Beit Fajjar, selatan Baitulaham, di Tebing Barat yang dijajah, menurut Bulan Sabit Merah Palestin.

Namun, butiran mengenai insiden tersebut serta tahap kecederaan mereka belum didedahkan.

Serbuan pengganas rejim turut dilaporkan berlaku di beberapa lokasi lain di Tebing Barat termasuk di bandar Hebron.

Mangsa yang ditahan termasuk seorang bekas tahanan Palestin yang sudah dibebaskan.

Pengganas rejim juga melancarkan kempen penahanan besar-besaran di daerah Abu Shkheidam, utara Ramallah, di mana

Lokasi lain termasuk Azzun, di timur Qalqilya dan bandar Sa’ir, di utara Hebron.

Rejim turut dilaporkan menahan sebuah kenderaan dan menyerang penumpangnya di daerah Halhul. – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini