Tumpuan :
Dunia

4 rakyat Palestin maut dalam serangan udara Israel di kem pelarian Jabalia

FOTO: Reuters

GAZA: Empat rakyat Palestin terbunuh awal pagi ini berikutan serangan udara Israel ke atas Kem Pelarian Jabalia di utara Gaza, menurut sumber tempatan.

Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) melaporkan empat mangsa itu adalah daripada keluarga yang sama dan terbunuh apabila tentera Israel menyasarkan rumah mereka di kawasan Al-Alami di kem itu.

Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Kamal Adwan.

Selain itu, tentera Israel melepaskan tembakan meriam ke kawasan utara kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.

Serangan Israel yang berterusan ke atas Gaza sejak Oktober 2023 setakat ini mengakibatkan 40,939 kematian rakyat Palestin yang didokumenkan.

Beribu-ribu mangsa dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan, tidak dapat diakses oleh pasukan kecemasan dan pertahanan awam akibat serangan Israel. – BERNAMA-WAFA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini