comscore
Tumpuan :
Dunia

4 maut, kereta Tesla langgar papan tanda sebelum terbakar

FOTO: Reuters

BORDEAUX: Empat orang terbunuh apabila sebuah kereta elektrik Tesla terbakar dalam satu kejadian di barat Perancis.

Menurut seorang pendakwa raya, kemalangan itu berlaku di luar bandar Niort sehingga menyebabkan kematian pemandu dan tiga penumpang yang juga pekerja di sebuah restoran di Melle.

Kertas siasatan telah dibuka bagi mengetahui punca dan keadaan kemalangan maut itu, termasuk memeriksa kereta Tesla bagi membantu siasatan.

Menurut laporan awal, kenderaan terbabit merempuh beberapa papan tanda jalan dengan kelajuan tinggi.

Penumpang di dalam kenderaan itu dilaporkan meninggal dunia ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian.

Tesla, yang diasaskan oleh bilionair Elon Musk, sering menghadapi perhatian mengenai isu keselamatan.

April lalu, pengeluar kereta itu menyelesaikan kes dengan keluarga seorang jurutera yang terbunuh apabila sebuah Tesla Model X terbabit dalam kemalangan di Silicon Valley pada tahun 2018, bagi mengelakkan perbicaraan di mahkamah.

Ketika kejadian, pemandu berada di lebuh raya California dan memandu menggunakan ciri ‘autopilot’ Tesla sebelum kereta itu merempuh pembahagi konkrit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini