comscore
Tumpuan :
Dunia

4 lagi wartawan terbunuh dalam serangan Israel di Gaza

Kepulan asap kelihatan di utara Gaza pada 16 Mei.- Foto: Reuters

ISTANBUL: Empat lagi wartawan Palestin termasuk seorang wanita terbunuh dalam serangan terbaru Israel di Semenanjung Gaza menjadikan jumlah korban pengamal media sejak 7 Oktober lepas kepada 147 orang, kata Pejabat Media Gaza pada Khamis.

“Hail al-Najjar, editor video di Al-Aqsa Media Network; Mahmoud Jahjouh, wartawan foto Palestine Post; Moath Mustafa al-Ghefari, wartawan foto Kanaan Land dan Palestinian Media Foundation serta Amina Mahmoud Hameed, penyampai program dan editor di beberapa rangkaian media, kesemuanya ‘gugur’ dalam konflik di Semenanjung Gaza,” menurut pejabat media, lapor Agensi Anadolu.

Bagaimanapun tiada butiran mengenai insiden itu disediakan.

Israel meneruskan serangan kejam ke atas Gaza, membunuh lebih 35,200 warga Palestin sejak 7 Oktober lepas, walaupun resolusi Majlis Keselamatan PBB menuntut gencatan senjata segera. – BERNAMA-ANADOLU

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini