comscore
Tumpuan :
Dunia

4 kanak-kanak antara 17 maut nahas jalan raya di India

Foto: Reuters

INDIA:  17 terbunuh dalam nahas jalan raya membabitkan tiga kenderaan di Uttar Pradesh.

Lapor media antarabangsa, mangsa yang maut termasuk empat kanak-kanak.

Laporan polis mendedahkan, mangsa yang menaiki van dalam perjalanan pulang dari menghadiri majlis pengebumian di Mukund Khera.

Ketiba berada di daerah Hathras van terbabit dirempuh sebuah bas dari arah hadapan.

Perlanggaran menyebabkannya melanggar sebuah trak sebelum terbabas.

Pasukan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

16 lagi mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital bagi rawatan segera.

Lebih 461,000 kematian dicatatkan di India pada tahun 2022.

Kecuaian pemandu dan keadaan jalan raya yang kurang baik menjadi punca utama kes kemalangan di negara itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini