UKRAINE: Empat cedera dalam serangan udara Rusia di Kharkiv. Bedilan mengakibatkan kebakaran premis perniagaan selain merosakkan kediaman penduduk.
Seorang wanita berusia 62 tahun dimasukkan ke hospital, manakala seorang lelaki berusia 66 tahun turut cedera akibat serpihan dron Rusia yang musnah.
Pasukan kecemasan segera dikerahkan sejurus selepas tengah malam ke lokasi serangan, kata Datuk Bandar Ihor Terekhov menerusi aplikasi pesanan Telegramnya.
Dua orang mengalami trauma termasuk seorang kanak-kanak, kata perkhidmatan kecemasan tersebut.
Tiada sebarang kenyataan segera dikeluarkan oleh pihak Rusia.
Rusia dan Ukraine menafikan menyasarkan orang awam dalam perang hampir tiga tahun yang bermula dengan pencerobohan besar-besaran Rusia ke atas Ukraine pada Februari 2022. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.