HOMS: Setelah berjaya menawan empat bandar dalam tempoh 24 jam, kemaraan kumpulan pejuang pembebasan Syria kini semakin hampir ke Damsyik.
Menurut Reuters yang memetik kenyataan kumpulan Hay’at Tahrir al-Sham, HTS di laman telegram, kumpulan terbabit sudah menawan Homs, salah satu daripada kubu kuat tentera Presiden Bashar al-Assad.
Saksi tempatan mendakwa beberapa pertempuran berlaku di Barzeh, pekan kecil di dalam wilayah Damsyik.
Sementara itu, terdapat sumber lain memaklumkan kepada CNN bahawa ada unit khas sudah mula dikerah mencari presiden Bashar al-Assad sejak malam semalam waktu tempatan namun gagal menemui jejaknya.
Semalam, kumpulan pejuang pembebasan Syria menawan empat bandar iaitu Daraa, Quneitra, Suwayda dan Homs.
Dalam pada itu, sumber pegawai Amerika Syarikat memaklumkan kepada CNN bahawa rejim Bashar al-Assad dijangka tumbang dalam tempoh terdekat. – REUTERS & CNN
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.