comscore
Tumpuan :
Dunia

35 maut, 43 cedera dalam insiden langgar lari di Bandar Zhuhai

Tangkap layar video yang memaparkan keadaan selepas insiden langgar lari di sebuah pusat sukan di bandar Zhuhai.

GUANDONG: 35 maut dan sekurang-kurangnya 43 orang awam cedera dalam kejadian langgar lari di sebuah pusat sukan di bandar Zhuhai, selatan China pada Isnin.

Kejadian yang berlaku pada sekitar pukul 7:48 malam (waktu tempatan) itu dilaporkan berpunca apabila sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu seorang lelaki menuju ke arah sekumpulan besar orang awam yang sedang bersenam di luar pusat sukan tersebut.

Sebuah video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan suasana kacau-bilau di jalan raya selain orang ramai berkumpul di sekitar mangsa yang tercedera dan terbaring dia atas jalan.

Reuters mengesahkan lokasi kejadian berdasarkan struktur bangunan, trek joging dan dinding yang sepadan dengan imej satelit, gambar pandangan jalan, serta imejan fail.

Tarikh kejadian disahkan oleh kenyataan yang dikeluarkan oleh polis tempatan.

Polis Zhuhai dalam kenyataan pada Selasa berkata, suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 62 tahun menerima rawatan di hospital selepas mencederakan diri menggunakan pisau di dalam keretanya.

“Lelaki itu ditahan di lokasi kejadian selepas cuba melarikan dirinya sambil menambah bahawa dia telah mencederakan dirinya sendiri menggunakan pisau, mengakibatkan kecederaan parah pada bahagian leher,” kata polis.

Polis memberitahu, siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada ketidakpuasan hati suspek berikutan perceraian yang dialaminya.

Dalam pada itu, Presiden China, Xi Jinping, yang dipetik televisyen negara CCTV, mengarahkan bantuan diberikan kepada mangsa yang cedera dan menuntut hukuman berat dikenakan ke atas pelaku.

Kerajaan pusat turut menghantar pasukan khas bagi menjalan siasatan berhubung kes berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini