Tumpuan :
Dunia

33 maut hujan paling lebat landa Beijing

Foto : Reuters

BEIJING : Angka kematian akibat hujan lebat berpunca daripada ribut tropika Doksuri di sini minggu lepas meningkat kepada sekurang-kurangnya 33 orang, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan televisyen tempatan pada Rabu.

Sejurus selepas ribut itu melanda ibu negara China, sebanyak 11 kematian dilaporkan pada awalnya.

Bagaimanapun hari ini, televisyen China melaporkan terdapat 22 lagi mangsa yang meninggal dunia.

Sekurang-kurangnya lima pekerja bantuan adalah antara mangsa yang maut. 18 orang lagi mangsa masih hilang.

Ribut tropika Doksuri mencetuskan hujan paling lebat pernah direkodkan melanda Beijing sejak 140 tahun lalu.

Selain ibu negara China, wilayah Hebei berhampiran Beijing turut terjejas teruk, dengan berpuluh-puluh kematian dilaporkan .  — BERNAMA-dpa

Loading...
Terkini