AMERIKA SYARIKAT: Kebakaran hutan yang melanda kawasan mewah penduduk di California memaksa 30,000 orang berpindah.
Lebih 500 hektar tanah musnah antara kawasan Santa Monica dan Malibu.
Pihak berkuasa memberi amaran, angin kencang antara 80 hingga 130 kilometer sejam akan memburukan lagi keadaan.
Api yang marak dengan pantas memusnahkan kediaman penduduk serta mencetuskan masalah trafik.
Usaha memadamkan kebakaran turut dilakukan dengan jentera udara.
Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan setakat ini. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.