Tumpuan :
Dunia

3,000 tentera Korea Utara maut atau cedera di Ukraine

FOTO: Reuters

SEOUL: Kematian dan kecederaan anggota tentera Korea Utara di Ukraine mungkin telah melebihi 3,000, termasuk kira-kira 300 kematian dan 2,700 kecederaan, kata seorang ahli parlimen Korea Selatan yang diberi taklimat oleh agensi perisikan negara itu pada Isnin.

“Pihak berkuasa Korea Utara nampaknya telah mengarahkan tenteranya untuk membunuh diri dengan meletupkan diri sendiri bagi mengelak ditangkap” kata ahli parlimen itu yang memetik maklumat daripada Perkhidmatan Perisikan Negara (NIS).

Tentera Korea Utara yang ditangkap tidak menunjukkan niat untuk datang ke Korea Selatan, walaupun Korea Selatan akan bekerjasama dengan Ukraine jika ada permintaan, lapor agensi berita Yonhap juga yang memetik NIS – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini