INDONESIA: Kira-kira 3,000 penduduk diarah pindah susulan letusan Gunung Berapi Ibu di Maluku Utara.
Letusan diiringi debu dan asap tebal setinggi 4,000 meter dikesan semalam.
Letusan selama dua minit itu memaksa pihak berkuasa meningkatkan status ke paras tertinggi kepada penduduk sekitarnya.
Setakat pagi tadi seramai 517 penduduk dari perkampungan paling hampir dengan gunung sudah dipindahkan, manakala selebihnya dijadualkan untuk dievakuasi pada sebelah petang.
“Tempat perlindungan sementara telah disediakan oleh pihak pentadbiran tempatan, dan hari ini proses evakuasi secara menyeluruh akan dijalankan ke atas semua penduduk dari enam kampung,” kata jurucakap Badan Pengurusan Bencana Daerah, Irfan Idrus.
Beliau turut memaklumkan bahawa proses evakuasi dimulakan semalam mulai jam 6 petang, namun tertangguh akibat masalah pentadbiran dan logistik.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.