Tumpuan :
Dunia

30 maut dalam serangan Israel di Gaza

Foto: Reuters

GAZA: Sekurang-kurangnya 30 terbunuh dalam serangan pengganas rejim Israel di Gaza.

Korban termasuk 9 di Beit Hanoon dan tujuh lagi di Nuseirat.

Pengganas Israel dilaporkan meletupkan beberapa pangsapuri di Nuseirat.

Menurut Pasukan Pertahanan Gaza, bedilan Israel ke atas Hospital al-Wafaa meragut tujuh nyawa dengan sejumlah lagi mangsa kritikal.

Serangan turut dilancarkan pengganas rejim ke atas Hospital Jordan di Gaza City dan Rafah, namun angka korban masih belum didedahkan setakat ini.

Israel dalam pada itu mendedahkan, 14 Pejuang Palestin terbunuh dalam pertempuran di Jabalia dan Beit Lahiya.

Pada masa sama, cuaca sejuk menambah derita penduduk dengan satu lagi kematian bayi dicatatkan akibat Hipotermia.

Tebing Barat pula menyaksikan pertempuran berlarutan antara Pihak Berkuasa dan Pejuang Palestin di Kem Pelarian Jenin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini