Tumpuan :
Dunia

3 serangan udara ragut 5 nyawa penduduk Palestin

Foto fail Reuters

TEBING BARAT: Tiga serangan udara pengganas rejim zionis mengorbankan lima penduduk Palestin di Tebing Barat.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, serangan udara Israel di kawasan kejiranan dekat timur Jenin meragut nyawa seorang remaja berusia 16 tahun manakala dua lagi mangsa cedera parah.

Serangan kedua menyasarkan sebuah kereta mengorbankan dua orang di bandar Qabatiya..

Sementara serangan ketiga meragut dua nyawa di tengah Jenin.

Gabenor Jenin turut mengesahkan serangan itu.

Pengganas Israel berkata pihaknya membedil sebuah kereta di kawasan Qabatiya.

Pada bulan lalu, tentera israel melancarkan operasi serangan yang digelar ‘tembok besi’, didakwa bertujuan memerangi kumpulan pejuang palestin di Jenin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini