SEMENANJUNG GAZA: Tiga orang rakyat Palestin cedera dalam pertempuran terbaharu yang dicetuskan oleh rejim Zionis di pintu sempadan Gaza-Israel.
Menurut media tempatan, Israel mendakwa kononnya serangan berkenaan menyasarkan kedudukan Hamas di Gaza.
Israel turut menjadikan rusuhan oleh rakyat Palestin dan tembakan yang didakwa dilepaskan ke atas tenteranya sebagai alasan untuk menyerang kembali rakyat Palestin yang berada berhampiran.
Tidak cukup dengan dakwaan terbabit, rakyat Gaza turut dituduh melepaskan belon yang dilengkapi bahan peledak ke negara haram Israel.
Dalam pada itu, rakyat Gaza yang berada di pintu sempadan mendakwa tunjuk perasaan diadakan sebagai membantah layanan buruk diberikan ke atas tahanan Palestin di penjara Israel selain pencerobohan ke atas kompleks Masjid al-Aqsa.
| ARTIKEL BERKAITAN