comscore
Tumpuan :
Dunia

3 pesalah MH17 boleh dipenjara jika keluar Rusia 

FOTO: Reuters

HAARLEM: Tiga lelaki yang dikenakan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Daerah Hague, Belanda atas kesalahan menyebabkan kematian 298 penumpang dalam tragedi Malaysia Airlines MH17, boleh ditangkap dan dipenjara jika keluar dari Rusia.

Bekas timbalan pendakwa raya yang mengetuai kes berkenaan menjelaskan Belanda tidak memohon ekstradisi ke atas ketiga-tiga pesalah terbabit kerana Rusia tidak mengekstradisi warganya sendiri.

Namun, jika terdapat sebarang perkara di luar jangkaan hingga menyebabkan kesemua mangsa keluar dari Rusia, tindakan boleh diambil ke atas mereka pada bila-bila masa.

Pada 17 November 2022, mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap dua bekas ejen perisikan Rusia, Igor Girkin dan Sergei Dubinskiy serta pemimpin pemisah Ukraine, Leonid Kharchenko dalam perbicaraan secara in absentia selepas kesemua mereka didapati bersalah.

Seorang lagi warga Rusia, Oleg Pulatov dibebaskan oleh mahkamah meskipun berdepan pertuduhan sama.

Pada 17 Julai 2014, MH17 ditembak jatuh dengan peluru berpandu BUK di timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini