SAN FRANCISCO: Seramai tiga orang terbunuh manakala enam lagi cedera dalam insiden tembakan di Seattle Selatan, Washington, pada Ahad lapor Xinhua.
Pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tembakan di Rainier Hookah Lounge sejurus sebelum 4:30 pagi (1130 GMT) waktu tempatan, menurut Jabatan Polis Seattle.
Dua lelaki berusia 22 dan 32 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang wanita berusia 30 tahun dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal sebelum dilapor meninggal dunia, lewat hari itu, kata Ketua Polis Seattle Adrian Diaz pada sidang akhbar petang Ahad.
Mangsa yang cedera turut dibawa ke hospital. Empat lelaki dan seorang wanita dilaporkan dalam keadaan stabil setakat petang Ahad.
Unit homisid yang mengetuai siasatan memaklumkan punca tembakan atau berapa ramai suspek yang terlibat masih belum dapat dipastikan.
Polis mengesahkan sekurang-kurangnya lima senjata api ditemui -BERNAMA-XINHUA