UKRAINE: Tiga orang terbunuh dan 16 cedera dalam serangan peluru berpandu Rusia yang memusnahkan sebuah klinik swasta di bandar Zaporizhzhia, Ukraine.
Menurut Gabenor wilayah Ivan Fedorov di Telegram, pasukan penyelamat giat menjalankan operasi mencari sekurang-kurangnya lapan mangsa yang hilang di bawah timbunan runtuhan.
Sejumlah penduduk dapat dibawa keluar dengan selamat.
Salah seorang mangsa berada dalam keadaan serius dengan dua petugas perubatan turut dilaporkan cedera.
Presiden Volodymyr Zelenskiy menyifatkan serangan itu sebagai “kejam” dan beliau membuat rayuan baharu kepada sekutu-sekutunya untuk memberi bantuan pertahanan udara kepada Ukraine.
Rusia, yang mula melancarkan perang besar-besaran ke ata Ukraine pada Februari 2022, sering melancarkan serangan ke atas daerah Zaporizhzhia dan kawasan sekitarnya. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.