GAZA: Tiga lagi wartawan terbunuh ketika bertugas dalam Perang Israel-Palestin menjadikan jumlah korban pengamal media meningkat kepada 115 orang sejak pertempuran bermula pada 7 Oktober lalu.
Laporan Agensi Berita Rusia yang memetik Pejabat Media Gaza mendedahkan, salah seorang mangsa, wartawan wanita bersama anaknya.
Tiga bedilan roket tentera rejim ke atas sebuah lokasi berhampiran Hospital Al-Aqsa pula mengakibatkan 40 individu maut atau cedera.
Pada masa sama, tentera rejim turut meningkatkan serangannya ke atas Rafah mengakibatkan empat kanak-kanak antara lima maut.
Tidak cukup dengan itu, tentera rejim turut bertindak kejam dengan menyasarkan ambulans milik Persatuan Bulan Sabit Merah meragut nyawa 4 kakitangannya.
Sementara itu, serbuan tentera rejim ke atas Tebing Barat pula masih berlarutan dengan 12 penduduk Palestin dilaporkan cedera termasuk remaja 16 tahun manakala lima individu lagi ditahan tentera rejim.
Angka korban ketegangan yang tercetus sejak 7 Oktober lalu meningkat kepada lebih 23,350 orang dengan hampir 60,000 lagi cedera – AL JAZEERA
| ARTIKEL BERKAITAN
- 106 pengamal media terbunuh di Gaza dalam tempoh 84 hari serangan Israel
- [VIDEO] Wartawan Al Jazeera maut, jumlah pengamal media terbunuh kini 109 orang
- Serang wartawan di Gaza pencabulan serius kebebasan bersuara – Actionaid
- Seorang lagi wartawan Palestin terkorban di Gaza
- ICC mulakan siasatan jenayah perang ke atas wartawan di Gaza