comscore
Tumpuan :
Dunia

3 lagi warga AS disahkan positif jangkitan selesema burung

Foto hiasan

CHICAGO: Tiga lagi warga Amerika Syarikat (AS) dijangkiti virus selesema burung selepas mereka terdedah dengan unggas yang disahkan positif virus berkenaan.

Berdasarkan data persekutuan, seramai 39 orang disahkan positif di negara itu tahun ini apabila virus itu mula merebak kepada lebih 400 kawanan ternakan.

Semua mereka kecuali seorang adalah pekerja ladang yang didapati mempunyai kontak dengan haiwan yang dijangkiti.

Semalam, Pihak Berkuasa Kesihatan Oregon dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengemas kini dalam talian kiraan kes jangkitan di AS dengan memasukkan tiga jangkitan baharu dan menaikkan jumlah kes di peringkat negeri kepada sembilan orang berbanding enam sebelum ini.

Jabatan Kesihatan Negeri AS bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen lanjut mengenai perkara itu, namun laman web mereka menunjukkan sembilan individu dijangkiti selesema burung selepas terdedah kepada unggas yang disahkan positif virus berkenaan.

Katanya, tiga individu berkenaan kini dilaporkan sudah pulang ke AS dan dipantau oleh kakitangan kesihatan awam negara itu.

Tambah Pihak Berkuasa Kesihatan Oregon, tiada jangkitan dalam kalangan penduduk di situ dan tiada bukti penularan dari manusia ke manusia dan risiko jangkitan kepada orang awam kekal rendah.

Sejak 2022, virus selesema burung sudah memusnahkan lebih 100 juta unggas yang dijangkiti dan juga terburuk di negara itu.

Sementara itu, Jabatan Pertanian AS pada kelmarin berkata, virus selesema burung H5N1 disahkan dalam seekor babi di sebuah ladang di Oregon, iaitu pengesanan pertama virus itu dalam babi di negara berkenaan. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini