Tumpuan :
Dunia

3 individu ditahan dalam demonstrasi di Kenya

FOTO: Reuters

NAIROBI: Polis Kenya melepaskan gas pemedih mata dan menangkap sekurang-kurangnya tiga individu pada hari Selasa (10 Disember) ketika ratusan orang berdemonstrasi membantah kes pembunuhan wanita yang semakin meningkat di negara itu.

Ratusan penduduk kebanyakannya wanita berarak di ibu negara Nairobi sambil meniup wisel dan melaungkan slogan “Berhenti membunuh wanita!”

Demonstrasi itu berulang kali dileraikan oleh anggota polis yang melepaskan gas pemedih mata dari kenderaan.

FOTO: Reuters

Pandangan sosiologi dan perlindungan undang-undang yang tidak mencukupi dilihat faktor utama di sebalik kadar keganasan berasaskan jantina yang tinggi di Kenya, menurut penyelidik.

Polis Kenya juga telah menerima kritikan terhadap tindakan mereka semasa protes antikerajaan pada bulan Jun dan Julai lalu, apabila sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh.

Pihak berkuasa secara amnya mempertahan tindak balas polis itu namun pada masa sama turut menyiasat dakwaan salah laku yang berlaku dalam kes-kes tertentu – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini