MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya 29 maut termasuk 10 askar dalam pertempuran melibatkan kumpulan kartel dadah dengan pihak tentera.
Pertempuran tercetus sebaik operasi memburu anak ketua kartel dadah Mexico El Chapo digerakkan.
Ovidian Guzman atau lebih dikenali sebagai El Raton diberkas pada awal pagi Khamis di Sinaloa dan diterbangkan ke Mexico City dengan pesawat tentera.
Laporan mendapati 19 individu lain yang maut merupakan anggota kartel.
Sementara itu, 35 anggota tentera mengalami kecederaan dalam kejadian tembak-menembak itu.
Sebelum ini Ovidio Guzman ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah termasuk memiliki senjata secara haram dan cubaan membunuh.
Dia turut disabitkan kesalahan mengedar kokain, methamphetamine dan ganja di Amerika Syarikat.