Tumpuan :
Dunia

2,862 terkorban akibat gempa Maghribi

 

Foto: Reuters

PETALING JAYA: Jumlah mangsa yang maut akibat gempa bumi melanda Maghribi Jumaat lepas terus meningkat kepada 2,862 orang setakat ini.

Menurut Institut Geofizik Kebangsaan Maghribi kejadian itu juga dianggap gempa bumi terkuat dalam tempoh lebih 120 tahun
di Afrika Utara.

Gempa bumi sekuat 6.8 magnitud yang melanda kawasan terpencil pergunungan High Atlas dan wilayah selatan bandar Marrakech berlaku
11 malam itu mengakibatkan kemusnahan teruk pada kebanyakkan struktur kediaman.

Foto: Reuters

Menurut Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Zulkifli Wahijan, berdasarkan maklumat diterima, 2,562 dipercayai cedera dekat Marrakech,Maghribi dan lima wilayah berhampiran pusat gempa.

“Beribu-ribu mangsa yang terselamat kini sedang menunggu bantuan makanan, air dan sambungan bekalan elektrik.

“Mereka kini menghuni khemah ‘pelarian’ sementara operasi mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan memasuki hari ke empat,” katanya.

MCM dijangka menghantar bantuan kemanusian ke negara itu dalam tempoh terdekat.

“Bagi peringkat awal ini, MCM menghantar bantuan bekalan makanan pertama dianggarkan bernilai RM50,000 ke negara itu.

“MCM turut akan menilai keperluan mendesak lain sebelum bantuan susulan dihantar kepada mangsa-mangsa di negara berkenaan,” katanya.

MCM pernah menghantar bantuan kemanusiaan bernilai jutaan ringgit kepada mangsa gempa bumi besar melanda bahagian tengah dan selatan Turki
dan utara Syria pada 6 Februari 2023 selain di utara Afghanistan Mac lalu.

Akibat gempa bumi, ia telah mendorong Maghribi mengubah peraturan pembinaan dengan kebanyakkan bangunan, terutama rumah di luar bandar tidak dibina untuk menahan gegaran gempa bumi.

Loading...
Terkini