BANGLADESH: Kemarahan penduduk Bangladesh terus memuncak sehingga menjadikan kediaman bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina sebagai sasaran rompakan mereka.
Berdasarkan laporan The New York Times, rakaman itu menunjukkan orang ramai memanjat pintu pagar kediaman itu, melemparkan barang ke dinding, merosakkan potret dan membuang makanan.
Lebih teruk lagi, pakaian dalaman Hasina turut didakwa menjadi sasaran rompakan dan dijadikan ‘tayangan umum’.
@buletintv3 Rakyat Bangladesh mengambil kesempatan merompak pelbagai barangan di kediaman bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, selepas beliau meletakkan jawatannya dan melarikan diri ke luar negara. #buletintv3 #beritaditiktok #bangladesh #rompakrumah #bekasperdanamenteri
Hasina, 76, meletak jawatan pada Isnin lalu berikutan protes antikerajaan yang belum pernah berlaku sebelum ini di Bangladesh dan meninggalkan Dhaka dengan menaiki helikopter tentera.
Peletakan jawatan Hasina disifatkan satu perayaan kepada rakyat Bangladesh yang meraikan keputusan berkenaan.
Siaran di media sosial dan rakaman televisyen secara langsung juga menunjukkan orang ramai mengambil ternakan dari kediaman itu termasuk ayam, itik dan arnab serta beberapa orang lagi bergambar dengan haiwan berkenaan.
Penduduk, Monsur Ali berkata, dia antara ribuan orang yang memasuki kediaman perdana menteri itu dan mengambil barangan di dalamnya.
“Kami pergi ke sana kerana marah. Tiada apa-apa yang tinggal di sana,” katanya.
Hasina digulingkan dari jawatannya melalui protes yang berjalan selama beberapa minggu susulan konflik dalam jawatan kerajaan yang diinginkan setiap rakyatnya, hingga membawa maut.
Hampir 300 orang dilaporkan terkorban dalam rusuhan itu.
Rakyat di negara itu juga menentang peningkatan autoritarianisme Hasina selepas 15 tahun berkuasa.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.