GAZA: Hari pertama 2025 menyaksikan sekurang-kurangnya 28 penduduk Palestin dibunuh pengganas Israel.
Terbaharu 11 terbunuh dalam serangan pengganas rejim Israel di zon kemanusiaan al-Mawasi.
Mangsa termasuk tiga kanak-kanak.
Ketegangan di Tebing Barat pula menyaksikan pengganas Israel merobohkan kediaman penduduk di Tulkarem.
Juga terdapat laporan serbuan di beberapa lokasi lain termasuk Zabuba dan Hebron.
Terdahulu seorang pemandu dibunuh pengganas rejim selepas suspek dituduh melanggar seorang pengganas rejim.
Keadaan juga bertambah buruk bagi penduduk Palestin di wilayah ini selepas pendatang haram Yahudi sesuka hati menyerang kediaman dan kenderaan penduduk.
Malah pelaku juga dikatakan dilindungi pengganas Israel.
Peniaga di kawasan itu juga diarah menutup kedai selain dikenakan perintah berkurung. – AL JAZEERA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.