Tumpuan :
Dunia

28 maut dalam lebih 160 bedilan Israel ke Lubnan

Foto: Reuters

LUBNAN: 28 terbunuh manakala hampir 140 lagi cedera dalam serangan pengganas Israel di Lubnan.

Israel mengesahkan telah melancarkan lebih 160 serangan ke lokasi Hizbullah.

17 serangan udara rejim Israel disasarkan ke selatan Lubnan meranapkan enam bangunan.

Sasaran lain termasuk bangunan tentera, pelancar roket dan infrastruktur Hizbullah.

Serbuan tentera rejim ke atas daerah Bint Jbeil turut meragut nyawa salah seorang pegawai tentera Lubnan.

Hari yang sama turut menyaksikan pengganas rejim melancarkan bedilan ke atas bandar Homs dan Damsyik di Syria yang meragut satu nyawa dan mencederakan tujuh yang lain.

Sebagai tindak balas, Hizbullah melancarkan empat serangan roket ke Tel Aviv.

Sasarannya termasuk tempat pembuatan senjata Israel.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini