comscore
Tumpuan :
Dunia

25,000 berarak di London, gesa gencatan senjata segera di Gaza

FOTO: Reuters

LONDON: Kira-kira 25,000 orang berarak di tengah kota London sebagai tanda solidariti terhadap Palestin.

Demonstrasi pro-Palestin itu juga jelas menggesa keganasan Israel yang memasuki bulan ke 12 dihentikan segera.

Peserta berarak disepanjang jalan raya sambil mengibar bendera Palestin, memegang sepanduk dan kain rentang terpapar bantahan terhadap kekejaman rejim dan menuntut gencatan senjata dimuktamadkan.

FOTO: Reuters

Beberapa peserta ditahan oleh pihak berkuasa, meskipun tunjuk perasaan dari Picadilly menuju ke kedutaan Israel itu berlangsung aman.

Sementara itu, terdapat kira-kira 200 peserta warga Israel yang turut menyertai demostrasi membantah tindakan pemimpin mereka yang disifatkan paling gagal.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini