comscore
Tumpuan :
Dunia

25 maut, 35 cedera dalam keganasan di Haiti

FOTO: REUTERS

PORT-AU-PRINCE: Ketegangan di Haiti ragut 25 nyawa manakala 30 lagi cedera.

Keganasan tercetus selepas penduduk bersama pasukan polis bertempur dengan kumpulan samseng.

Ada yang bersenjatakan parang dan tukul dalam usaha membantu polis menentang kumpulan itu.

Penduduk turun ke jalan raya dan membina penghadang selain menggesa orang luar agar tidak keluar rumah.

Kerajaan Haiti pada tahun 2022 telah meminta sokongan antarabangsa bagi membantu pasukan pertahanannya menentang kumpulan samseng yang melakukan pelbagai jenayah termasuk penculikan, ugutan dan keganasan seks.

Permintaan itu dipersetujui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, namun sokongan tidak diperolehi sepenuhnya.

Pada April tahun lalu, penduduk yang tidak tahan dengan keganasan yang sering berlaku mengambil langkah menyerang dan membakar anggota kumpulan terbabit. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini