TEBING BARAT: 23 penduduk Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera Zionis di Tebing Barat.
Lima mangsa termasuk kanak-kanak cedera akibat ditembak dengan peluru hidup oleh tentera Zionis.
Dalam insiden lain, puluhan lagi sesak nafas setelah dibaling dengan gas pemedih mata di bandar Qaffin.
Sejumlah penduduk Palestin lagi cedera dalam pertempuran di bandar al-Khader yang terletak di selatan Baitulaham.
Menurut laporan Palestian Information Center, lima belia Palestin cedera termasuk dua daripadanya parah dalam insiden itu manakala puluhan lagi mengalami sesak nafas.
Pasukan Bulan Sabit Merah membawa 18 mangsa yang cedera ke dua hospital berdekatan untuk rawatan susulan.
Ketegangan yang semakin memuncak di Tebing Barat sejak 7 Oktober lalu telah meragut 280 nyawa setakat ini. – PALINFO