comscore
Tumpuan :
Dunia

23 maut, 45 cedera dalam serangan terbaharu Israel di Lubnan

FOTO: Reuters

LUBNAN: 23 terbunuh manakala 45 lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan beberapa bandar di wilayah Baalbek di timur Lebanon

Menurut Anadolu Agency, sekurang-kurangnya 13 orang, termasuk empat kanak-kanak, terbunuh dan 13 yang lain cedera apabila pesawat Israel menyerang sebuah rumah di bandar Shmustar.

Agen berita Nasional Lebanon melaporkan antara yang terkorban adalah seorang ibu dan empat anaknya.

Lima lagi orang maut dan lima yang lain cedera di bandar Bodai.

Empat orang terbunuh dan tiga lagi cedera di bandar Flawiye, manakala seorang lagi maut di bandar Brital.

Serangan udara Israel juga mencederakan 18 orang di bandar Ras al-Ain, dan tiga orang cedera di bandar Hourtala.

Di daerah Zahle di wilayah Bekaa, satu serangan udara Israel di kawasan Harat al-Fikani mengakibatkan satu kematian dan tiga yang lain cedera.

Israel terbabit dalam peperangan merentas sempadan dengan Lebanon, melancarkan kempen udara pada akhir September terhadap apa yang dikatakan sasaran Hezbollah.

Lebih daripada 3,600 orang telah terkorban akibat serangan Israel di Lebanon, dengan lebih 15,300 yang cedera dan lebih daripada 1 juta orang terpaksa dipindahkan sejak Oktober lalu, menurut pihak berkuasa kesihatan Lebanon.

Tel Aviv memperluas konflik ini dengan melancarkan serangan darat ke selatan Lebanon pada 1 Oktober.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini