Tumpuan :
Dunia

23 anggota tentera hilang selepas banjir kilat melanda

INDIA: Sekurang-kurangnya 23 anggota tentera India dilaporkan hilang selepas kejadian hujan lebat yang disusuli banjir kilat di Sikkim.

Kejadian itu dipercayai berlaku ekoran beberapa kem tentera dan banyak kenderaan ditenggelami air.

Misi mencari dan menyelamat kini telah digerakkan bagi mencari mangsa yang hilang.

Setakat ini 80 penduduk tempatan dipindahkan ke pusat penempatan sementara selepas pelepasan air empangan menyebabkan paras air naik mendadak.

Visual yang diperoleh dari agensi berita tempatan menunjukkan air melimpahi tebing Sungai Teesta di Singtam sekaligus memaksa orang ramai terpaksa mengharungi air bah sewaktu berjalan di laluan pejalan kaki.

Jambatan menghubungkan sungai berkenaan dilaporkan roboh serta-merta dalam kejadian banjir besar yang melanda.

Faktor cuaca hujan berterusan dan ribut menghalang operasi menyelamat di kawasan terjejas.

Loading...
Terkini