COLOMBO: 21 menteri Kabinet Sri Lanka mengangkat sumpah jawatan di hadapan Presiden, Anura Kumara Dissanayake pada pagi Isnin di Sekretariat Presiden di Colombo.
Timbalan menteri akan mengangkat sumpah kemudian, ia diumumkan pada majlis itu.
Barisan menteri Kabinet baharu itu dipilih antara 159 ahli Parlimen daripada parti Kuasa Rakyat Nasional (NPP) yang memenangi Pilihan Raya Parlimen 14 November.
Ini adalah kali pertama parti politik memenangi dua pertiga majoriti di Parlimen sejak sistem perwakilan berkadar diperkenalkan.
Sejurus memenangi Pilihan Raya Presiden 21 September, Dissanayake memerintah dengan Kabinet yang terdiri daripada Harini Amarasuriya dan Vijitha Herath.
Kini, Amarasuriya terus berkhidmat sebagai Perdana Menteri dalam Kabinet baharu dan Herath dilantik semula sebagai Menteri Hal Ehwal Luar, Pekerjaan Asing dan Pelancongan.
Berucap kepada Kabinet baharu, Presiden Dissanayake berkata, rakyat mengundi NPP dua kali, pada September dan November untuk mengubah trajektori politik dan ekonomi negara itu.
Justeru ujarnya, rakyat meletakkan kepercayaan kepada RFN berdasarkan dasar mereka dan integriti ahli parti, dan mulai kini, rakyat akan terus menilai RFN berdasarkan prestasi sebagai kerajaan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.