Tumpuan :
Dunia

20 remaja cedera selepas tanjakan di Texas runtuh

FOTO: Reuters

HOUSTON: Lebih 20 remaja cedera dalam kejadian tanjakan (ramp) runtuh di Texas pada Jumaat, lapor Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa.

Kesemua mangsa yang berumur antara 14 dan 18 itu merupakan peserta kem musim panas di Stahlman Park di Surfside Beach, kata pegawai maklumat awam untuk Daerah Brazoria, Sharon Trower.

Lima daripada mereka dihantar ke hospital di Houston menggunakan helikopter dan selebihnya dengan bantuan ambulans dan kenderaan persendirian.

Menurut laporan media tempatan, tiada kemalangan jiwa dan punca runtuhan sedang disiasat. – BERNAMA-XINHUA

Loading...
Terkini