comscore
Tumpuan :
Dunia

20 maut termasuk kanak-kanak dalam serangan terbaharu pengganas Israel

FOTO: Reuters

GAZA: Kanak-kanak antara 20 terbunuh dalam serangan terbaharu pengganas rejim Israel di Gaza City.

Lapor media Al-Jazeera, 10 terbunuh dalam bedilan ke atas Kem Pelarian Nuseirat.

Manakala 10 lagi kematian dicatatkan dalam serangan di daerah Zeitoun dan Sheikh Radwan.

FOTO: Reuters

Serangan pengganas rejim di Rafah pula meragut dua nyawa dengan sejumlah lagi penduduk cedera.

Keganasan di Tebing Barat menyaksikan sekumpulan besar pengganas rejim melancarkan serangan ke atas Kem Pelarian Shu’fat di Baitulmaqdis Timur.

FOTO: Reuters

Dua penduduk Palestin dilaporkan cedera akibat tembakan dalam serbuan di Kem Pelarian Balata.

Pengganas rejim turut melakukan operasi tangkapan penduduk Palestin di beberapa lokasi termasuk Kem Deheishe dan Kem Aqbat Jabr.

Penahanan lain termasuk seorang bapa bersama anaknya di bandar al-Jiftlik di utara Jericho. – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini